SEKSA JADI GURU
1.0 PENGENALAN
Definisi
perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan
yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion
perguruan merupakan paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan
kepada individu dan masyarakat. Dalam era gloablisasi sekarang,
peranan
guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah
memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa
kepada
tahap yang lebih tinggi dan dihormati serterusnya dapat merealisasikan Misi
Nasional
seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam
Rancangan
Malaysia ke-9.
Mengikut
kamus dewan, profesion ialah pekeriaan terutamanya yang
memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang,
seni bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Keguruan pula
membawa
maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru.
Daripada
kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion
perguruan
sama ada tinggi atau rendah, berjaya atau gagal, dilihat dan dinilai oleh
masyarakat
dari sudut peribadinya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
1.1
Maksud Etika
Etika
pula membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku
atau
kesusilaan atau prinsip moral. Selain itu, ia juga bermaksud tanggungjawab
dan
akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Daripada
perspektif lslam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berlandaskan
Al-Quran
dan ketaqwaan kepada Allah.
1.2
Maksud Etika Profesional
Semua
garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti
produktiviti
dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradapan,
peranan
nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Dalam
era globalisasi kini, tugasan seorang guru juga mengalami
perubahan
seiring dengan perubahan semasa atau lebih menjurus kepada
pertambahan
tugasan. Malah, tugas sampingan dikatakan lebih banyak
berbandng
fokus sebenar seorang guru pada masa kini. Isu beban tugas guru
sangat
hangat diperkatakan. Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti
Pendidikan
Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI),
Mohmad Noor Mohmad Taib, berkata, guru zaman millennium perlu
mempersiapkan
diri dengan kekuatan mental serta fizikal bagi mengemudi masa
depan
dunia pendidikan.
Beliau
berkata, itulah cabaran utama yang perlu diperkukuhkan terlebih
dulu
sebagai persediaan berdepan pelbagai kerenah yang di luar jangkaan
dalam
dunia pendidikan global. Sebagai guru a/af baru, kerenah bukan saja
merangkumi
aspek pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar
selain
memastikan standard ditetapkan tercapai. Aspek itu bukan mudah kerana
penanda
arasnya sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru.
la
bukan saja memerlukan ketahanan fizikal, lebih penting kekuatan emosi bagi
mengelak
tekanan. Guru zaman ini harus menyediakan perisai untuk
menghadapi
segala kemungkinan itu lebih awal," katanya.
Tahun
ini, tema 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara'
menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab dan peranan guru
menjana
transformasi pendidikan selari tuntutan semasa. Bagaimanapun, imej
guru
yang tinggi di mata masyarakat kini juga terpalit dengan isu luar jangkaan.
Apatah
lagi dengan kuasa kian terbatas menyebabkan ada menganggap guru hari ini
sekadar menjalankan tugasan semata-mata tanpa sokongan komitmen
tinggi.
Beliau
berkata, biar apapun tohmahan dilemparkan, guru perlu
meletakkan
rasa tanggungjawab di tangga tertinggi selain memperlengkapkan
diri
dengan ilmu serta kemahiran. Ini membolehkan mereka berfungsi sebagai
pencetus,
pembentuk, pengajar dan pendidik kepada anak bangsa.Bukankah
mereka
antara idola yang baik dan sering menjadi rujukan?
Guru
perlu sentiasa bersikap profesional, berusaha dan sabar menangani
keadaan.
Kebijaksanaan dalam berfikir dan menentukan tindakan perlu kerana
masyarakat
masa kini sangat peka," katanya.
Guru,
katanya ada pelbagai kategori. Pertama, memang mahu menjadi
guru
dan mampu memberikan komitmen diri yang baik terhadap tugasan. Mereka
puas
jika melihat pelajar berjaya dan tidak mengharapkan balasan. Kedua,
bercita-cita
menjadi guru pada peringkat awal namun tidak bertahan kerana
gagal
mengikut rentak dan ketiga menjadikan profesion ini sebagai pilihan
terakhir,"
katanya.
Pendapatan
guru di negara ini juga, akuinya, tidak setimpal dan kurang
mendapat
pengiktirafan seperti kerjaya lain berbanding guru di negara maju. Ini
juga
salah satu sebab mengapa ada segelintir yang kurang bermotivasi untuk
menjadi
guru dan melaksanakannya kerana terpaksa. Berbeza di luar negara,
mereka
bertindak profesional kerana kerjaya itu memang profesional.
Bagaimanapun
jangan jadikan ia alasan bertugas sambil lewa. Guru pemegang
amanah,
justeru laksanakan dengan jujur dan ikhlas," katanya.
Guru
juga, akuinya, tidak boleh membandingkan kegemilangan zaman
pendidikan
dulu dan masa kini. Menurutnya, setiap ruang masa mempunyai ciri
latar
dan pengisian peristiwa serta cabaran berbeza. Justeru tidak adil
mengatakan
zaman pendidikan dulu lebih baik berbanding sekarang. Setiap
tempoh
ada perbezaannya dan ia dilaksanakan mengikut kesesuaian. Cabaran
dunia
pendidikan sentiasa wujud, yang berbeza ialah bentuk cabaran yang perlu
dihadapi. Setiap cabaran itu pula memerlukan formula dan pendekatan berbeza.
Oi
sinilah guru memerlukan paradigma pemikiran yang sentiasa berkembang
sekali
gus membantu pelajar berjaya," katanya.
2.0
BIDANG TUGAS GURU
Sidang
tugas guru bukan hanya mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
(P&P)
dengan berkesan sahaja dan membuat perancangan P&P. Tetapi guru kini,
dihujani
lagi dengan beberapa tugasan lain. Seorang guru biasa perlu melaksanakan
pelbagai
tugas khas iaitu:
1.
Menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiatan Guru atau seumpamanya.
2.
Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli stat yang lain.
3.
Menjadi ahli pelbagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Sesar.
4.
Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancang oleh Guru Sesar.
5.
Mengendalikan aktiviti-aktivti kokurikulum apabila diagihkan oleh penolong
kanan
kokurikulum.
Selain
itu, guru juga perlu menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
dan
mentadbir serta menguruskan bilik darjah. Malah, mengendalikan pelbagai tugas
rasmi
lain. Sebagai contoh, menjadi guru ganti atau guru Usit-in" dari semasa ke
semasa.
Selain
daripada bidang tugas guru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu
ditempuhi
oleh warga pendidik ini. Antara cabaran-cabarannya ialah selepas tahun
2000,
cabaran protesionalisme pendidikan guru semakin hebat apabila kerajaan
memutuskan
mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris
untuk
tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah. Dengan perubahan ini,
struktur
kurikulum diubah sedikit dan guru-guru yang terlibat terpaksa mengajar dalam
bahasa
Inggeris. Jadi, pelaksanaan ini dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2003.
Sukan
mudah untuk memastikan P&P ini dijalankan secara berkesan. Oalam
P&P
khasnya Tahun Satu, guru-guru sekolah rendah diberikan kemudahan peralatan
komputer untuk memudahkan proses P&P. Sementara itu, guru-guru yang sedang
mengikuti
program Diploma Pendidikan di maktab perguruan dan Sarjana Pendidikan di
IPTA
perlu menjalani kaedah pengajaran dalam bahasa Inggeris dan pensyarah juga
perlu
menggunakan bahan rujukan bahasa Inggeris dalam kursus-kursus tertentu.
Dalam
latihan praktikum, guru-guru pelatih perlu mengajar dalam bahasa Inggeris untuk
mata
pelajaran Matematik dan Sains dan bukan lagi bahasa Melayu sebagaimana
diamalkan
sebelum itu.
Dengan
pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang
didedah
dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum
Matematik
dan Sains dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sarna
ada
dalam penulisan mahu pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu, banyak
sumber
dan ilmu dalam mata pelajaran boleh diterokai melalui buku bahasa Inggeris.
Dalam
sistem pembelajaran pada hari ini boleh dikatakan semua Negara
menggunakan
sistem peperiksaan sebagai ciri-ciri asas untuk mengukur keupayaan
dan
kebolehan seseorang. Di Malaysia, peperiksaan yang penting bagi peringkat
sekolah
rendah dan menengah ialah PMR, SPM dan STPM. Ketiga-tiga peperiksaan ini
dianggap
penting. Dengan kata lain, ia dianggap sebagai "too exam-orinted".
Dengan
kaedah
ini, semua murid atau pelajar perlu banyak mengingat sesuatu fakta,
berkebolehan
dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus
sesuatu
peperiksaan sarna ada dalam SPM mahu pun STPM.
Secara
terperincinya, bukan bermakna dengan sistem ini semua pelajar terpaksa
mengingati
kesemuanya tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran
memerlukan
ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah.
Dalam
mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, sebagai contoh, keperluan
dalam
kebolehan mengeluarkan idea juga diutamakan. Boleh jadi pada masa hadapan
kebanyakan
sistem peperiksaan yang ada akan dinilai juga melalui penilaian dalam
kerja-kerja
kursus sebagaimana yang banyak dilakukan di sekolah-sekolah menengah
USA.
Dengan cara ini, mungkin pelajar tidak terasa tertekan sangat di mana mereka
terpaksa
mengharapkan kepada penilaian dalam satu peperiksaan akhir sahaja.
Walau
bagaiamanapun, oleh sebab amalan terhadap pendekatan peperiksaan
sudah
lama dilaksanakan di Malaysia nampaknya ia sukar diubah dengan serta-merta.
Kajian
yang mendalam perlu dibuat dengan berhati-hati. Tambahan lagi, penilaian yang
bergantung
kepada kerja kursus mungkin dari segi pemberian markah tidak berapa
tepat
dan kemungkinan guru-guru suka memberi markah yang lebih tinggi kepada
pelajar
yang mereka sukai. Seterusnya untuk menilai kerja-kerja kursus, sekolahsekolah
memerlukan
kemudahan komputer yang lengkap bagi membolehkan pelajar
dapat
membuat tugasan atau kerja kursus dengan baik. Sekiranya sekolah-sekolah di
luar
bandar masih lagi kurang kemudahan tersebut, kemungkinan pelajar menghadapi
masalah.
Dengan pelajar yang begitu ramai, setiap buah sekolah kemungkinan juga
guru-guru
yang terlibat dalam penilaian kerja-kerja kursus tidak mempunyai masa yang
cukup
untuk menilai kecekapan pelajar.
Sebelum
kita menerima atau melalui satu dasar baru penilaian dalam sistem
peperiksaan,
kita seharusnya menerima dahulu hakikat bahawa sistem peperiksaan
yang
ada sekarang. Pelaksanaan atau pendekatan peperiksaan adalah satu
pendekatan
yang terbaik untuk melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan latihan,
hafalan,
pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan. Tanpa sistem
peperiksaan
yang dianggap formal mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk
belajar.
Jadi,
tanpa penilaian melalui sistem peperiksaan teratur, Idta tidak dapat menilai
dengan
tepat, kebolehan dan ketajaman otak pelajar. Jadi, kebolehan pelajar yang
berbeza-beza
di seluruh Malaysia ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan
mereka
ke jurusan tertentu dengan adil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.
Dengan
kata lain, jika mereka mahu memasuki jurusan perubatan, tunjukkan bukti
bahawa
mereka berupaya dalam beberapa penyelesaian masalah dalam soalan
Matematik
Tambahan dan juga Sains yang dikeluarkan di dalam kertas peperiksaan
SPM
dan juga STPM.
Cabaran
ketiga ialah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi. Jadi, dalam
perkembangan
profesionalisme pendidikan guru pada masa kini memang guru-guru
perlu
bekerja keras untuk memastikan semua pelajar akan dapat mencapai keputusan yang
cemerlang, jika tidak pelajar tidak akan pergi melanjutkkan pelajaran ke
manamana.
Semenjak
dasar meritokrasi yang diperkenalkan tahun 2002, pelajar terpaksa
belajar
bersungguh-sunguh khasnya semasa berada di Tingkatan Enam. la juga
memberi
cabaran kepada guru-guru dan pihak sekolah dan ibu bapa juga sentiasa
mengharapkan
guru-guru yang berkualiti. Sebenarnya bukan senang bagi setiap orang
pelajar
mendapat peringkat Perincipal AlB untuk setiap mata pelajaran yang diambil.
Begitu
juga pelajar yang belajar di kelas Matrikulasi. Sebenarnya idea meritokrasi
ditimbulkan
oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pada awal bulan Ogos
2001
bagi memastikan semua pelajar yang berkelayakan atau berkualiti sahaja diterima
masuk
ke IPTA (Mohd Salleh Lebar).
Dengan
pelaksanaan meritokrasi selama dua musim menyaksikan setiap buah
sekolah
yang mempunyai Tingkatan Enam memerlukan guru-guru yang berkualiti
dalam
semua mata pelajaran yang diajar. Pihak pengetua juga terpaksa menyediakan
kemudahan
yang cukup bagi memastikan semua pelajar Tingkatan Enam tidak
menghadapi
masalah dari segi pembelajaran. Jadi apa yang kita lihat selama dua
tahun,
menunjukkan kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah pelajar-pelajar
yang
mempunyai semangat belajar yang tinggi dan ada semangat bersaing yang kuat
dalam
kalangan pelbagai kaum. Tanpa semangat bersaing dalam semua lapangan,
negara
kita tidak akan maju. Jadi semangat inilah yang perlu disemai dalam kalangan
pelajar
dan peranan guru adalah amat penting. Jadi tugas ini bukan sahaja dipikul oleh
guru-guru
tetapi juga pensyarah di maktab perguruan khasnya yang menyediakan KPLI
dan
IPTA yang ada menyediakan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan.
Bagi
guru-guru yang mengajar di Tingkatan Enam memang menghadapi cabaran
yang
kuat kerana pada peringkat ini kebanyakan pelajar adalah golongan remaja dan
mereka
terpaksa membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar. Mungkin ramai
pelajar
Tingkatan Enam yang mempunyai pencapaian yang kurang baik sedikit
berbanding
pelajar yang dapat memasuki Kolej Matrikulasi. Pelajar Melayu yang dapat
memasuki
Kolej Matrikulasi adalah pelajar yang terpilih dan mempunyai pencapaian
yang
tinggi khasnya dalam mata pelajaran Sains. Matematik Tambahan, Perakauanan
dan
juga bahasa Inggeris. Sementara pelajar Melayu yang belajar di kelas Tingkatan
Enam, pencapaiannya adalah sederhana. Bagi sesetengah sekolah pula, terdapat
kekurangan
guru-guru Fizik dan juga Metamatik Tambahan. Sebenarnya apabila
berlaku
sebarang pertukaran dalam kalangan guru-guru Matematik dan Sains maka
proses
penggantiannya mengambil masa sedikit.
3.0
IMPLIKASI
Beban
tugasan selain daripada mengajar yang ditanggung oleh guru memberi
kesan
kepada mutu pengajaran guru itu sendiri. Guru terpaksa menyemak tugasan
murid,
merekod dan memuat naik markah-markah murid dan mengemas kini maklumat
murid
dari semasa ke semasa. Jika dahulu, maklumat-maklumat murid seperti markah
dan
lain-lain hanya direkodkan di dalam buku yang dikhaskan. Tetapi kini, guru
perlu
memuat
naiknya dalam laman sesawang yang di kelolakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kebanyakkan guru kurang mahir dalam bidang teknologi khususnya guruguru
yang
sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun. Bagi mereka, sistem itu
membebankan
mereka.
Menteri
Pelajaran berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi
mengkaji
beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Keputusan
itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di
beberapa
buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan
tumpuan
kepada tugas mengajar.
Jawatankuasa
itu yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddion dan
keanggotaanya
turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan
diberi
masa selama dua bulan lagi bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.
NUTP
turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sebanyak dua
kali
setiap bulan disebabkan guru terlibat dengan pelbagai aktiviti. Dasar baru
kementerian
yang menekanakan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum
balas
yang positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha
berkenaan.
Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak
sesekali
membebankan guru.
Kementerian
disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru
dan
murid dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi
mengurangkan
beban kerja guru. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja
ini
ialah menambah bilangan guru. Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru
mempunyai
masa yang mencukupi bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas
teras
iaitu mengajar.
4.0
CADANGAN
Berdasarkan
beberapa dapatan kajian yang saya rujuk, saya ingin
mengemukakan
beberapa cadangan dan saranan yang dapat membantu pihak tertentu
dalam
usaha mengurangkan kemelut tekanan kerja di kalangan guru-guru. Kajian
mendapati
bahawa kelima-Iima faktor itu berperanan menyumbang kepada tekanan
Ker)a
d\ Ka\angan responden. Justeru \tu, ada\ah per\u satu usaha secara bersepadu
dilaksanakan
oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran
Daerah dan sekolah serta guru untuk cuba mengatasinya.
Salah
laku pelajar di dalam dan di luar kelas juga perlu diberi perhatian. Tahap
salah
laku yang tinggi di kalangan pelajar mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran
dan secara langsung menyebabkan tekanan kepada guru. Polisi disiplin
yang
sedia ada harus dikaji semula. Penggubal-penggubal polisi harus melahirkan satu
polisi
yang benar-benar mantap untuk diamalkan di sekolah-sekolah. Kuasa merotan
pelajar
umpamanya masih menjadi isu yang tiada kesudahannya. Kuasa yang diberikan
kepada
guru-guru untuk mendisiplinkan pelajar perlu diperluaskan.
Faktor
kekangan masa dan sumber sepatutnya diberi perhatian. Aspek-aspek
seperti
kekurangan masa bagi guru untuk menumpukan perhatian kepada pelajar, bilik
darjah
yang kurang selesa, bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas, tuntutan
sukatan
pelajaran, kekurangan alat bantu mengajar dan suasana bilik guru yang padat
dan
tidak selesa harus diberi perhatian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
faktor
beban tugas turut menyebabkan tekanan kerja di kalangan guru. Fenomena guru
terpaksa
memikul beban tugas di luar bidang kerjanya sering mendapat liputan di dalam akhbar
tempatan. Akhbar melaporkan 30% daripada jumlah 280,000 guru terpaksa
memikul
tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas
mengajar.
Beban
tugas yang berlebihan sering dikaitkan dengan kekurangan kakitangan
sokongan
yang menyebabkan kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang,
menyediakan
sistem fail, memungut yuran dan kerja-kerja pentadbiran lain yang bukan
di
dalam bidang tugas pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilakukan oleh guru.
Oleh
sebab itu, untuk mengatasi masalah seperti ini langkah kementerian untuk
menambah
kakitangan sokongan amat dialu-alukan. Pertambahan kakitangan
sokongan
boleh mengurangkan beban tugas guru dan seterusnya mengurangkan tahap
tekanan
kerja di kalangan guru.
Faktor
penghargaan yang berupa ganjaran seperti kenaikan pangkat, gaji yang
lebih
baik dan sokongan profesional daripada pihak pentadbir amat perlu bagi
memotivasikan
guru agar lebih bersemangat dalam menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran.
Gaji umpamanya dikatakan menjadi penyebab mengapa guru lebih
cenderung
untuk beralih kepada profesion lain. Kyriacou dan Sutcliffe (1978)
menyatakan
bahawa gaji yang rendah menyebabkan seseorang itu mencari pekerjaan
lain.
Maka adalah wajar sistem gaji dalam sektor pendidikan perlu dikaji semula.
Hubungan
interpersonal atau rakan setugas juga penting dalam profesion
perguruan.
Hubungan guru dengan rakan sejawat, pihak pentadbir, waris, Pejabat
Pelajaran
Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri harus wujud dan berlaku dalam
keadaan
harmoni. Trendal (1989) berpendapat bahawa tekanan dapat diminimumkan
sekiranya
terdapat hubungan yang positif di kalangan pekerja dalam sesuatu institusi
dan
adanya rakan sekerja yang boleh diajak berbincang mengenai masalah yang
mereka
hadapi. Kenyataan ini turut disokong oleh Manthei dan Salman (1996) yang
menyarankan
pihak pentadbir sekolah harus mengambil kira rungutan yang
menyatakan
golongan pentadbir adalah punca kepada tekanan kerja di kalangan guru.
Kegagalan
untuk memahami dan tidak peka dengan masalah guru boleh merosakkan
kualiti
pendidikan yang diterima pelajar.
Dalam
usaha mengurangkan tekanan kerja, pihak sekolah boleh melaksanakan
dua
pendekatan. Pertama, pihak sekolah hendaklah mengurangkan faktor-faktor yang
menyebabkan
tekanan ke atas guru seperti mengamalkan polisi disiplin yang lebih
mantap,
memperlengkapkan kemudahan-kemudahan asas dalam membantu
pengajaran
dan pembelajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka dalam
perhubungan
antara personal. Kedua, pihak sekolah boleh menganjurkan kursus dan latihan kemahiran
pengurusan tekanan di kalangan guru. Fontana (1989),
menegaskan
jika seseorang terus dibiarkan mengalami tekanan kerja, orang itu akan
menanggung
risiko yang tinggi untuk mengalami kerosakan psikologi atau fizikal.
Kaedah
program pengurusan tekanan kerja pendekatan holistik yang diutarakan oleh
Tan
(1996), juga merupakan kaedah yang mampu memupuk kesihatan mental, fizikal
dan
seterusnya dapat meningkatkan produktiviti di kalangan guru boleh
diaplikasikan.
5.0
RUMUSAN
Isu
beban tugasan guru ini perlu dipandang serius kerana ia juga memberikan
kesan
bukan sahaja guru itu sendiri. Malah, ia membabitkan mutu pengajaran guru itu
sendiri
dan pencapaian murid yang diajar. Tugasan yang terlalu banyak
daripada
tugas teras iaitu mengajar juga akan menjadi tekanan kepada guru. Warga
pendidik
ini terpaksa membahagikan waktu untuk menyelesaikan tugasan sebagai guru
kelas,
guru, panitia, guru subjek dan lain-lain lagi. Ada segelintir masyarakat di
luar
sana
yang memandang enteng tugas seorang guru. Mereka beranggapan tugas
seorang
guru mudah dan hanya perlu bekerja separuh hari sahaja. Tetapi masyarakat
tidak
mengetahui beban kerja serta amanah negara yang perlu dipikul oleh seorang
guru, bak kata pepatah
"jika seorang guru gagal mengajar, maka rosak lah satu
generasi".
0 comments:
Post a Comment