"CIKGU GILA-GILA"

Tuesday, 4 September 2012

Gambar 1: Artikel mengenai guru yang dilabel sebagai” Cikgu Gila-Gila”

Ulasan artikel: Cikgu Gila-Gila
Oleh: Emira Syazana Binti Yusof
1.0  Pengenalan
Guru gila-gila adakah selari dengan etika professional yang telah digariskan dalam Kod Etika?  Sebelum mengulas lebih panjang, terlebih dahulu mari kita melihat definisi ‘Etika’.
Etika berasal daripada perkataan Greek “ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam. Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). 
Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Manakala tafsiran atau definisi lain bagi etika ialah:-
·         Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan
nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi
·         dan profesion.
·         Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.
·         Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.
·         Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai
·         standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan
keadilan.
·         Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan
tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.
Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith. Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang “betul‟ dan “salah‟ dalam kehidupan seharian manusia. Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal.
Selepas kita jelas memahami definisi ‘etika’, mari kita melihat pula kod etika yang telah digariskan dalam “Kod Etika”. Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera, doktor, arkitek, peguam, akauntan dan lain-lain amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat. Kod Etika ialah suatu garis panduan kepada golongan yang terlibat dalam profesion yang telah diiktiraf sebagai sebuah profesion yang professional membantu golongan ini mengelakkan diri mereka daripada melakukan perbuatan yang dikategorikan kepada perbuatan salah laku. Kod etika juga merupakan sebuah garis panduan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan member penekanan dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan, nilai, serta tingkah laku professional.
            Antara fungsi Kod Etika Profesional adalah sebagai pedoman, pencegahan dan disiplin, memelihara maruah profesion dan mengelak berlakunya konflik. Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.
            Sebagai guru, kita sememangnya mempunyai kod etika keguruan tersendiri untuk dipatuhi. Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang harus dielakkan.
            Di bawah merupakan kod etika keguruan yang telah digariskan untuk dipatuhi oleh semua guru di Malaysia.
1.    Tanggungjawab Terhadap Pelajar 

-       Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain.
-       Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
-       Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar, kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
-       Membimbing atau mengajar seoarang pelajar dalam darjah sendiri  atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
-       Menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 
-       Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus iktisas, persidangan, mesyuaratatau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setingginya.
2.    Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
-       Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
-       Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antarainstitusi pendidikan dengan rumah tangga.
-       Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
-       Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anakmereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
-       Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
-       Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatuyang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa  atau penjaga mereka.
3.    Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
-       Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
-        Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
-        Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
-        Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
-       Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
-       Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
4.    Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

-       Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar.
-       Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
-        Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
-        Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.
-       Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
-        Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru
Jadi, menurut kod etika keguruan di atas, banyak perkara yang boleh dijadikan panduan dan amalan kepada seorang guru untuk mengekalkan dan menjaga maruan profesion tersebut.
Berkaitan dengan isu di atas iaitu “Cikgu Gila-Gila”, adakah Cikgu Shida boleh dikatakan sebagai seorang guru yang melanggar etika keguruan ataupun seorang guru yang tiada cirri-ciri yang telah disenaraikan dalam senarai kesantunan guru.
2.0  Perkembangan Hujah-hujah
            Isunya ialah, adakah tindakan “Cikgu Shida” seperti dalam artikel di atas melanggar kod etika keguruan yang telah disenaraikan?
Menurut Persiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, Cikgu Shida tidak melalukan sebarang tindakan yang melanggar kod etika seperti yang dikatakan oleh masyarakat sekeliling. Sebaliknya beliau melakukan sesuatu yang kreatif  dan merupakan suatu perkembangan yang sihat. 
            Cikgu Shida yang dikatakan ialah seorang guru yang telah menjadi salah seorang artis YouTube yang Berjaya meraih jutaan penontot di rangkaian (channel) beliau kerana perbuatan kreatifnya meniru pelbagai aksi dan melakukan miming beberapa buah lagu dengan cara yang kreatif. Beliau berasal dari Parit, Perak dan merupakan salah seorang guru Bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah di Perak.


Gambar 2: Artikel tentang pandangan Presiden NUTP berkaitan isu Cikgu Shida

            Bagi segelintir penonton yang mengikuti video yang dimuatnaik oleh cikgu tersebut sendiri di dalam rangkaian beliau, mereka menganggap perbuatan cikgu tersebut adalah sebuah tindakan yang memalukan dan mampu menjatuhkan maruah profesion keguruan. Jika dilihat dari sudut negatif, cikgu tersebut melakukan miming kepada beberapa buah lagu dengan melakonkan aksi yang aneh seperti melakonkan watak lelaki arab,orang tua bermisai, perempuan hodoh dan macam-macam lagi. Tindakan ini dikatakan memalukan diri sendiri dan mencerminkan watak seorang guru yang ‘gila-gila’. Jadi, implikasinya, murid-murid turut akan mencontohi perwatakan ‘gila-gila’ guru tersebut.
            Melihat dari sudut positif pula, guru tersebut menunjukkan cara pemikiran kreatif beliau melalui watak yang dilakonkan berkaitan dengan lagu dan lirik-lirik yang dimimingkan. Beliau mampu meransang pemikiran kreatif untuk menjadi sesebuah watak bagi menyampaikan maksud lagu yang dimimingkan. Pengulas tentang pemikiran kreatif yang ditunjukkan oleh Cikgu Shida dikatakan diaplikasikan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Katanya lagi, dia mengaplikasikan cara pengajaran berunsurkan miming semasa sesi P&P Bahasa Inggeris dan cara tersebut ternyata menarik minat murid-muridnya dan objektif turut tercapai. Selain itu, beliau juga mahir dalam  penggunaan ICT kerana setiap video yang dihasilkan mempunyai hasil editing beliau sendiri. Bukan semua guru mempunyai kemahiran menghasilkan sebuah klip video seperti beliau. Tambahan pula Cikgu Shida mampu mengikuti arus masa terkini yang begitu ‘in’ dengan penggunaan internet dan laman sesawang YouTube yang popular dikalangan anak muda. Kemahiran menggunakan ICT ini digunapakai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selari dengan seruan kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang celik IT.
            Sejak terkenal dengan klip-klip video miming, Cikgu Shida didapati sangat popular. Rezekinya pula melimpah ruah. Jadi, melalui kemahiran yang ada, beliau mampu meningkatkan taraf ekonomi beliau sendiri. Banyak tawaran berlakon yang diterima oleh beliau sejak menjadi terkenal dan digelar artis YouTube. Jadi, melihat hasil yang begitu menggalakkan seperti yang diwar-warkan oleh media massa tentang perkembangan Cikgu Shida ini, beliau telah mempunyai pekerjaan sambilan iaitu menjadi seorang pelakon di dalam sebuah telemovie. Pekerjaan sambilan juga menjadi isu berkaitan dengan etika guru pada masa kini.
Menyentuh soal etika, adakah Cikgu Shida telah melanggar kod etika keguruan iaitu “Tanggungjawab Terhadap Pelajar” dimana beliau menunjukkan sesuatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar? Adakah dengan cara mengenakan pakaian lelaki, misai palsu dan make up yang tebal mampu memberikan pandangan positif kepada murid-murid beliau? Jika dilihat daripada ulasan presiden NUTP sendiri, beliau merasa perbuatan Cikgu Shida tersebut tidak melanggar etika keguruan. Walaubagaimanapun saya mempunyai pandangan sendiri tentang Cikgu Shida dan hobi dan minat beliau. Saya merasakan agak tidak sopan menunjukkan perwatakan sedemikian iaitu melakonkan watak lelaki, makhluk yang menggambarkan syaitan dan sebagainya. Pelbagai cara lebih kreatif yang boleh dilakukan oleh beliau untuk dilakukan jika beliau mahu menonjolkan hobi beliau ini. Beliau seperti membuka pekung di dada dengan melakukan aksi-aksi seperti di dalam video-video yang dimuatnaik di channel beliau. Selainitu, dengan menggunakan ‘title’ cikgu, sebagai memperkenalkan diri beliau di dalam klip-klip video yang dimuat naik telah mencemarkan nama baik profesion kerana pada saya beliau telah melanggar  Tatakelakuan Peraturan (4) yang melarang penjawat awam berkelakuan yang mampu memburukkan nama dan mencemarkan nama prkhidmatan awam.
Gambar 3: Watak yang dimainkan oleh Cikgu Shida di dalam klip video yang dimuat turun di laman YouTube

Selain menjadi artis YouTube, Cikgu Shida yang telah popular dan menerima tawaran berlakon di dalam telemovie juga boleh dikatakan telah melakukan kesalahan di bawah salah laku guru iaitu melakukan kerja sambilan. Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Oleh itu, guru perlu memohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan. Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka. Walaubagainapun, seperti yang diketahui umum, Cikgu Shida sendiri telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah beliau iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan  Pulau Padang.


3.0  Implikasi
3.1  Pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan
Sebagai seorang guru, etika dan nama baik profesion mestilah dijaga. Kesantunan yang telah disenaraikan perlu diamalkan. Terdapat 3 kesantunan yang telah disenaraikan iaitu;
1.    Kesantunan berpakaian
2.    Kesantunan tingkah laku
3.    Kesantunan berbahasa
Kesantunan ialah perlakuan  atau tingkahlaku yang mampu menjalinkan hubungan antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra.ianya boleh melibatkan verbal dan nonverbal. Dan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Implikasi daripada tingkah laku Cikgu Shida, saya merasakan beliau telah hilang dua daripada ciri kesantunan di atas iaitu kesantunan berpakaian dan juga kesantunan tingkah laku. Jadi, jika hilangnya cirri kesantunan di atas, adakah masyarakat di sekeliling mampu menerima situasi yang dilakukan oleh Cikgu Shida dan mampu menerima beliau sebagai seorang warga pendidik yang akan mengajar anak mereka. Sememangnya kepercayaan dan perasaan hormat oleh ibu bpa dan masyarakat sekeliling akan pudar dan menghilang melihat telatah dan aksi cikgu tersebut setelah ianya tersebar dan menjadi buah mulut seluruh warga Malaysia.
Gambar 4: Antara perkara yang digariskan dalam “Kod Etika Keguruan”

3.2  Pandangan murid-murid terhadap seorang guru yang sepatutnya dihormati.
Sifat dan karaktor seorang guru sememangnya menjadi perhatian setiap daripada anak muridnya. Jadi, perwatakan yang dibawa oleh seoran guru  amat penting. Ini kerana melalui perwatakannya boleh menyebabkan pelbagai implikasi. Antaranya ialah:-
o   Murid lebih bersemangat jika seorang guru itu berkeyakinan
o   Murid akan mempunyai jati diri sekiranya mendapat tunjuk ajar daripada guru yang berani.
o   Guru menjadi model yang menjadi ikutan murid
o   Membentuk jati diri dan identiti murid-murid.
o   Menjami kualiti modal insan.
o   Sebagai pemangkin ke arah membentuk masyarakat yang harmoni dan berbudi bahasa.
3.3  Kesan terhadap pengajaran dan pembelajarannya
Melihat cara Cikgu Shida memuatnaik video yang dipertontonkan umum, beliau mampu menjadikan kemahiran penggunaan ICT sebagai satu cara menyampaikan isi kandungan pelajaran yang diajar dengan lebih menarik. Video-video yang dihasilkan telah pun di sunting dan mempunyai semua elemen-elemen multimedia yang mampu menjadikan sebuah media itu menarik. Tambahan pula, dengan cara yang lebih kreatif sebegini, murid-murid akan lebih berminat untuk member perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh seorang guru tersebut.
            Memandangkan kita hidup di zaman IT yang serba canggih ini, adalah lebih baik sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah berunsurkan teknologi maklumat.
4.0  Rumusan
Setelah mengetahui kesan baik buruk perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh Cikgu Shida yang telah dilabelkan sebagai Cikgu Gila-Gila, pada pendapat saya, banyak lagi perkara kreatif dan menarik yang boleh dilakukan oleh seorang guru untuk menunjukkan tahap kekreatifan beliau dalam kehidupannya. Tindakan yang berlebihan dan melampau kadang kala akan mengundang susah  ke atas kehidupan diri sendiri. Sebagai contoh, tindakan Cigu Shida telah menarik perhatian banyak pihak terutamnya media. Selepas klip videonya tersebar, banyak pihak cuba menghubungi beliau dan popularity beliau turut melonjak naik sehinggakan mendapat atwaran berlakon, sesi temu bual ekslusif di corong-corong radio, televisyen dan banak lagi siding akhbar yang ingin berkongsi kisah dengan beliau. Jadi, adakah perjalanan tugasan seharian beliau sebagi guru tidak terganggu dek kerana sibuk dengan tugasan lain?
Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran guru mampu menonjolkan kemahiran penggunaan ICT. Dengan menghasilkan video-video ilmiah untuk tayangan kepada anak-anak murid, seseorang guru itu mampu menjadikan sesi pengajarannya nampak menarik dan terkini. Jadi, tidak perlu rasanya sesorang guru menghasilkan video miming lagu-lagu yang sedang hangat dan melakonkan watak-watak aneh untuk ditayangkan di seluruh dunia bakatnya kerana ini menunjukkan sifat atau aib dirinya sendiri. Malah ianya juga boleh menimbulkan syak yang mengatakan guru itu tidak normal terhadap tindakan yang dilakukannya. Ini kerana menurut Dr. Fadhilah Kamsah:
"Normal atau tidak seseorang manusia merosakkan dirinya dengan mematikan alam hidupnya dengan membunuh diri? Adakah boleh dikatakan seseorang merubah dirinya ke arah negatif adalah sebagai orang yang baik dan normal? Sebagai contoh pelajar cemerlang, tiba-tiba merosakkan dirinya dengan melibatkan diri dengan dadah dan bersosial oleh kerana kecewa dalam alam percintaan atau cita-cita. Adakah pelajar itu orang yang dikatakan normal? Apakah maksud 'normal' yang sebenarnya? Cuba kita renung-renungkan, dan fikir-fikirkan."
Sumber: Cikgu Shida Jadi Gila Sebab Putus Tunang | Blog Aduka http://aduka5.blogspot.com/2010/11/cikgu-shida-jadi-gila-sebab-putus.html#ixzz25CvwxW9d

Jadi, daripada pemahaman saya tindakan Cikgu Shida menunjukkan bahawa beliau tidak normal kerana telah melakukan suatu tindakan aneh yang hilang ciri-ciri kewanitaan seperti malu, lemah lembut dan sopan santun.
      Guru seharusnya menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak didiknya maka barulah seseorang guru itu mampu digelar sebagai “role-model”. Kod Etika Keguruan yang telah digariskan seharusnya difahami dan diamalkan supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang mempunyai kesantunan yang baik, amalan kesantunan yang telah disenaraikan diamalkan untuk memastikan hubungan sesama rakan sejawat, pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan seterusnya anak-anak murid sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Sebagai guru, berfikirlah dahulu sebaik mungkin sebelum melakukan sebarang tindakan kerana segala tindakan akan sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat.


             



0 comments:

Post a Comment