Abstrak
Jurnal bertajuk ‘Pengurusan Pengetahuan Pendidikan Sekolah Malaysia: Adakah Sekolah-Sekolah Bestari Terbaik?’ oleh Marinah Awang, Ramlee Ismail, Peter Flett dan Andrinne Curry yang diterbitkan oleh Universiti Stirling United Kingdom. Di sini kita dapat melihat penulis cuba untuk memberi penerangan tentang perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia dengan rujukan khusus kepada pembangunan Sekolah Bestari, dan untuk menilai kemajuan berkenaan dengan pengurusan pengetahuan di sekolah pendidikan. Jawapan kepada pertanyaan penulis ‘Adakah Sekolah-Sekolah Bestari Terbaik?’ dan jawapannya ‘Ya’ berdasarkan hujah dan fakta yang disediakan. Namun kita tidak menafikan setiap sesuatu itu pasti ada kelebihan dan kekurangan. Itu terpulang kepada pembaca.
Sebelum kita pergi lebih panjang, dibawah telah disediakan petikan ucapan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam ucapan perasmian sekolah bestari di Malaysia.
“Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan kewujudan Sekolah Bestari sebagi satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia” - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad
Sekolah Bestari dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ucapan diatas sedikit sebanyak menyokong falsafah pendidikan kebangsaan yang mengariskan agar pembentukan individu secara holistik dan seimbang. Di sini saya melihat bahawa teknologi antara medium yang terkini yang dapat memperbaiki sistem pendidikan negara. Umum melihat pengunaan perkataan bestari yang digunakan bersama-sama dengan perkataan sekolah telah sedikit sabanyak menimbulkan ketakutan dan fobia kepada masyarakat di mana masyarakat merasakan Sekolah Bestari adalah satu dasar yang sama diamalkan puak kulit putih di barat terhadap puak kulit hitam iaitu aparteid. Masyarakat menyangkakan cara ini adalah bagaimana kerajaan mengasingkan pelajar dan murid yang pintar dan kurang pintar. Tanggapan ini bukan sahaja dikalangan bukan pendidik malah ia turut menghantui pendidik pada mula ia dipekenalkan. Sememangnya bestari itu merujuk kepada kepandaian akan tetapi ia tidak merujuk pengasingan kepandaian pelajar atau murid.
Hujah diatas disokong oleh kenyataan Sekolah bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang paling sesuai denganya.(Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001)
Sekolah bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Sekolah bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja dapat melicinkan dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelajari. (Hamizer,1997).
Sorotan Sejarah
Kita sorot kembali sejarah Negara dimana peristiwa 13 Mei telah menyedarkan kerajaan untuk merapatkan jurang antara kaum dengan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) dan pada tahun 1979 kerajaan sedar bahawa pendidikan juga salah satu cara untuk mengurangkan jurang antara kaum dengan memberikan peluang pendidikan yang luas kepada semua kanak-kanak terutamanya yang kurang berkemampuan. Hari ini pelaksanaan sekolah bestari adalah kesinambungan kesedaran kerajaan pada tahun 1979. Pelaksanaan Sekolah Bestari memberi peluang kepada semua kanak-kanak tanpa mengira tahap kebijaksaan.
Hujah diatas disokong oleh Dr. Nor Hayati (2003), sekolah bestari bukan merujuk kepada pelajar yang paling bijaksana tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan setiap anak diberi peluang yang sama bagi mencapai potensi diri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan perkembangsaan diri dipilih menjadi asas model sekolah bestari.
Satu Anjakan Paradigma Dalam Budaya Kerja
Pembestarian sekolah telah memberi satu anjakan paradigma kepada kakitangan sekolah terutamanya dari budaya kerja. Tempias budaya kerja ini akan turut dirasai oleh seluruh warga sekolah terutamanya anak didik di sekolah. Sekolah Alam Shah yang dulunya bertapak di Cheras Kuala Lumpur dan kini telah dipindahkan ke kawasan pentadbiran Putrajaya merupa salah sebuah Bestari. Kita melihat pembestarian sekolah ini banyak menaikan nama sekolah ini terutamanya di peringkat antarabangsa. Faktor kejayaan ini antara lainya adalah dari pembestarian sekolah. Anugerah Sekolah Beprestasi Tinggi hadiah kepada sekolah yang menjalinkan kerjasama dengan pihak luar. Jika kita lihat kebanyakkan anugerah ini diberi kepada sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Bestari. Oleh kerana itu, kami melihat pembestarian sekolah mampu meningkatkan pengurusan sekolah dan hasilnya turut dirasa oleh semua pihak.
Penglobalisasian
Pendidikan adalah sesuatu yang dinamik dan seharusnya selari dengan perkembangan zaman akan tetapi ia tidak sepatutnya mengubah maksud pendidikan itu. Penubuhan sekolah Bestari adalah satu hasrat kerajaan bagi memastikan pendidikan kita berada di tahap global. Profesor Mastuhu dalam Menata Ulang Pemikiran Sistem Pendidikan Nasional dalam Abad 21 mengemukakan : “Globalisasi sering diterjemahkan “mendunia” atau “mensejagat”.
Penglobalisasian pendidikan memperlihatkan sekolah bestari sebagai satu medium yang mampu menjayakan hasrat ini. Ini dilihat dari penggubalan kokurikulum Sekolah Bestari itu sendiri yang dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Murid-murid akan didedahkan kemahiran bersesuai dengan tahap kemahiran mereka menghadapi cabaran alaf baru setanding dengan Negara luar. Inilah dikatakan “menduniakan pendidikan di Malaysia”.
Perubahan Budaya Pendidikan
Pembestarian sekolah untuk mengubah budaya pendidikan kearah budaya berfikir, kreatif dan menyelesaikan masalah.Perubahan budaya yang dimaksudkan ini memerlukan satu perubahan cara pemikirandari satu tahap ke tahap yang lain. Kewujudan sekolah bestari ini akan menjadikan paraguru menjadi lebih peka terhadap keperluan didalam memenuhi diri untuk menghadapiperubahan ini. Walaupun kejayaan yang dicapai tidak sepenuhnya akan tetapi beberapa matlamat dan objektifnya dilihat tercapai terutamnya penguasaan ilmu yang mantap,penguasaan komunikasi yang lengkap, bersifat lebih kreatif dan inovatif sertamewujudkan penglibatan yang lebih kepada pelajar. Usaha ini harus diteruskan dan diperluaskan agar ia dapat dinikmati oleh semua individu terutamanya murid dan pelajar yang dilahirkan untuk negara di masa akan datang. Pendidikan yang diberikan kepada mereka harus setanding dan seiring dengan arus kemodenan dan globalisasi tanpa mengubah maksud pendidikan dan lari dari batas kemanusiaan.
Menarik Minat Pelajar untuk Meneroka
Pelaksanaan sistem ini akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka. Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan-bahan bercetak yang lain. Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Dengan ini proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik lagi kerana pelajar sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini dapat memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran ( P& P) akan berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator.
Meningkatkan Produktiviti Guru dan Pelajar
Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru mampu memberikan pelbagai kelebihan kepada guru dan pelajar. Sekiranya tidak dibebani oleh tugasan atau kerja yang melebihi bebanan seseorang guru, maka guru tersebut boleh fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh terdapat guru yang ditugaskan untuk menjadi kerani sementara di sekolah harian biasa atau menjaga kelas ganti yang menyebabkan masa guru untuk mencari bahan atau merancang P&P akan terganggu sekaligus guru sukar untuk mendapat motivasi dalam P&P dalam kelas nanti.
Oleh itu bagi menjamin kecukupan sumber tenaga bagi meringankan tugas guru ini, sistem pengurusan yang tersusun amat dititikberatkan. Hasilnya pelajar akan mudah menerima input-input yang diberikan oleh guru dengan. Berkesan. Jika guru dibebani dengan tugasan yang brlebihan, maka yang menjadi adalah pelajar. Guru tidak dapat untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran apabila terlibat dengan hal-hal pengkeranian dan sebagainya. Guru tidak berpeluang untuk mencari bahan atau merancang P&P akan terganggu sekaligus guru sukar untuk mendapat motivasi dalam P&P dalam kelas nanti. Yang menjadi mangsa disini adalah para pelajar yang dahagakan ilmu.
Pelajar bebas menyuarakan idea dan pendapat
Pembelajaran di Sekolah Bestari adalah berpusatkan murid. Ianya berbeza dengan sekolah harian biasa dimana mereka berpusatkan guru. Pembelajaran berpusatkan murid adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada murid. Murid merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan murid. Bagi model pembelajaran berpusatkan murid, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada guru kepada murid. Berbanding sekolah harian biasa, kaedah pengajaran guru biasanya hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Perkara ini boleh menyempitkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Sudah sedia maklum bahawa pelajar- pelajar yang menghuni sekolah Bestari adalah sekompok pelajar yang mempunyai pandangan serta pengalaman yang mereka lalui sebelum ini. Sebagai contoh mereka sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Dalam menjelaskan hal ini kita sudah jangkakan bahawa semua pelajar tahu menggunakan komputer. Jadi tidak perlulah guru mengajar mereka bagaimana untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Pelajar zaman sekarang adalah pelajar yang celik it dan sudah tau mencari maklumat dan input dengan menggunakan internet. Malah lagi hebat dari guru.
Kesimpulan
Jurnal yang bertajuk Pengurusan Pengetahuan Pendidikan Sekolah Malaysia oleh Marinah Awang, Ramlee Ismail, Peter Flett dan Andrinne Curry yang di terbitkan oleh Universiti Stirling United Kingdom menyatakan tentang adakah sekolah-sekolah Bestari terbaik dan penulis cuba untuk memberi penerangan mengenai sistem pendidikan Malaysia dengan rujukan khusus kepada pembangunan sekolah bestari.
Jurnal tersebut telah menyentuh bagaimana pembangunan Sekolah Bestari mampu untuk melahirkan insan yang holistik dan seimbang dimana Ianya sedikit sebanyak menyokong kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Abdul Rashid dan Siti Rahayah, 2001 telah menyokong jurnal tersebut yang menyatakan sekolah bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar mencapai potensi sepenuhnya.
Di sini kita melihat pengunaan perkataan bestari yang merujuk kepada sekolah bukan kepada individu khususnya pelajar. Meminjam kata-kata Abdul Rashid dan Siti Rahayah yang menyebut sekolah bestari adalah cara bestari bagi menjamin setiap pelajar mencapai potensi telah menyokong kenyataan di atas
Pembestarian sekolah juga melibatkan pengunaan alatan teknolgi maklumat dan secara tidak lansung ia melibatkan kemahiran teknologi malumat. Menurut Hamizer,1997, pengwujudan sekolah bestari juga dapat melahirkan insan yang celik teknologi maklumat dan menyediakan pelbagai peluang perkembangan pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi maklumat dan pendangan ini disokong kuat oleh Dr. Nor Hayati( 2003) yang menyatakan bahawa sekolah bestari bukan merujuk kepada pelajar yang paling bijaksana tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan setiap anak diberi peluang yang sama bagi mencapai potensi diri.
Soroton sejarah telah membawa kita mengenang kembali bagaimana sistem pendiidkan kita digubal bagi merapatkan jurang antara kaum dan kita melihat bahawa sekolah ini mampu untuk melaksanakan tugas merapat.kan jurang. Dr. Norhayati berpendapat sekolah bestari memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar dan bukan sahaja kepada pelajar yang cemerlang mahupun yang berlatar belakang dari kaum bangsawan dan sebagainya. Melalui pembestarian ia membawa kepada satu anjakan paradikma kepada kaki tangan sekolah, dan semua warga sekolah. Dalam konteks ini kita melihat contoh SekolahAlam Shah dimana ia wujud sebagai sekolah biasa kepada Sekolah Bestari dan seterus ke peringkat sekolah yang lebih tinggi malah Sekolah tersebut mula mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Kita juga melihat yang Sekolah Bestari sebagai satu medium dalam menjayakan hasrat kerajaan dalam penglobalisasian pendidikan. Penglobalisasian ini melibatkan penggubalan kokurikulum sekolah dimana murid-murid akan terdedah dengan kemahiran terutamanya untuk peluang pekerjaan. Kemahiran dalam sesuatu bidang adalah penting bagi menempatkan diri di dalam kelompok yang terpilih. Pengglobalisasian adalah penting bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai kemahiran tersendiri.
Berdasarkan hujah dan fakta yang diberikan,jawapan kepada persolan penulis ‘Adakah Sekolah Bestari Lebih Baik?’ telah terjawap dan telah dinyatakan pada awal penulisan ini. Jika kajian yang sama dilakukan oleh penulis jurnal tajuk yang di rasakan sesuai ialah ‘Pengurusan Pendidikan Di Malaysia: Sekolah Bestari Adalah Terbaik’ dan kita melihata setiap dasar yang dirancang pasti ada bai kekurangan, ia perlu ditidakkan kerana Sekolah Bestari sebagai satu medium kerajaan dalam merealisasi hasrat untuk ‘Menduniakan Pendidikan Di Malaysia’.
0 comments:
Post a Comment