link artikel (seksa jadi cikgu)

Thursday, 6 September 2012


BIBLIOGRAFI




Khairul Azran Hussin, (2012). Seksa Jadi Cikgu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/.. ./index. Diakses pada 15 Ogos
2012.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon, (2010). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Puchong, Selangor ; Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Mohamad Abdillah Royo & Woo Sew Fun, (2007). Faktor-Faktor Yang Mendorong
Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sjk(C): Satu Kajian Di Tiga Buah
Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Universiti Teknologi Malaysia.

Kamaruzaman Kamaruddin, (2007). Tekanan kerja di kalangan guru sekolah
menengah. Tanjung Malim, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru: Satu Kajian Kes.
Tesis (B.Ed), Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Chei, C.L. (1996). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-guru Di Sebuah Sekolah
Menengah Kerajaan Dan Sebuah Sekolah Menengah. Tesis (B.Ed), Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Cooper, C.L., and Kelly, M. (1993). Occupational Stress in Head Teacher's: A National
UK Study, British Journal of Educational Psychology. 63: 130-143.

Dunham, J. (1992). Stress in Teaching, 2 nd. ed. London and New York: Routledge.

SEKSA JADI GURU

SEKSA JADI GURU
1.0  PENGENALAN

Definisi perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
Profesion perguruan merupakan paling utama di dalam proses penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era gloablisasi sekarang,
peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah
memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa
kepada tahap yang lebih tinggi dan dihormati serterusnya dapat merealisasikan Misi
Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam
Rancangan Malaysia ke-9.
Mengikut kamus dewan, profesion ialah pekeriaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang, seni bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. Keguruan pula
membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru.
Daripada kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion
perguruan sama ada tinggi atau rendah, berjaya atau gagal, dilihat dan dinilai oleh
masyarakat dari sudut peribadinya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

1.1 Maksud Etika
Etika pula membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku
atau kesusilaan atau prinsip moral. Selain itu, ia juga bermaksud tanggungjawab
dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Daripada perspektif lslam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berlandaskan
Al-Quran dan ketaqwaan kepada Allah.


1.2 Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradapan,
peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Dalam era globalisasi kini, tugasan seorang guru juga mengalami
perubahan seiring dengan perubahan semasa atau lebih menjurus kepada
pertambahan tugasan. Malah, tugas sampingan dikatakan lebih banyak
berbandng fokus sebenar seorang guru pada masa kini. Isu beban tugas guru
sangat hangat diperkatakan. Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti
Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Mohmad Noor Mohmad Taib, berkata, guru zaman millennium perlu
mempersiapkan diri dengan kekuatan mental serta fizikal bagi mengemudi masa
depan dunia pendidikan.
Beliau berkata, itulah cabaran utama yang perlu diperkukuhkan terlebih
dulu sebagai persediaan berdepan pelbagai kerenah yang di luar jangkaan
dalam dunia pendidikan global. Sebagai guru a/af baru, kerenah bukan saja
merangkumi aspek pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar
selain memastikan standard ditetapkan tercapai. Aspek itu bukan mudah kerana
penanda arasnya sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru.
la bukan saja memerlukan ketahanan fizikal, lebih penting kekuatan emosi bagi
mengelak tekanan. Guru zaman ini harus menyediakan perisai untuk
menghadapi segala kemungkinan itu lebih awal," katanya.
Tahun ini, tema 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara' menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab dan peranan guru
menjana transformasi pendidikan selari tuntutan semasa. Bagaimanapun, imej
guru yang tinggi di mata masyarakat kini juga terpalit dengan isu luar jangkaan.
Apatah lagi dengan kuasa kian terbatas menyebabkan ada menganggap guru hari ini sekadar menjalankan tugasan semata-mata tanpa sokongan komitmen
tinggi.
Beliau berkata, biar apapun tohmahan dilemparkan, guru perlu
meletakkan rasa tanggungjawab di tangga tertinggi selain memperlengkapkan
diri dengan ilmu serta kemahiran. Ini membolehkan mereka berfungsi sebagai
pencetus, pembentuk, pengajar dan pendidik kepada anak bangsa.Bukankah
mereka antara idola yang baik dan sering menjadi rujukan?
Guru perlu sentiasa bersikap profesional, berusaha dan sabar menangani
keadaan. Kebijaksanaan dalam berfikir dan menentukan tindakan perlu kerana
masyarakat masa kini sangat peka," katanya.
Guru, katanya ada pelbagai kategori. Pertama, memang mahu menjadi
guru dan mampu memberikan komitmen diri yang baik terhadap tugasan. Mereka
puas jika melihat pelajar berjaya dan tidak mengharapkan balasan. Kedua,
bercita-cita menjadi guru pada peringkat awal namun tidak bertahan kerana
gagal mengikut rentak dan ketiga menjadikan profesion ini sebagai pilihan
terakhir," katanya.
Pendapatan guru di negara ini juga, akuinya, tidak setimpal dan kurang
mendapat pengiktirafan seperti kerjaya lain berbanding guru di negara maju. Ini
juga salah satu sebab mengapa ada segelintir yang kurang bermotivasi untuk
menjadi guru dan melaksanakannya kerana terpaksa. Berbeza di luar negara,
mereka bertindak profesional kerana kerjaya itu memang profesional.
Bagaimanapun jangan jadikan ia alasan bertugas sambil lewa. Guru pemegang
amanah, justeru laksanakan dengan jujur dan ikhlas," katanya.
Guru juga, akuinya, tidak boleh membandingkan kegemilangan zaman
pendidikan dulu dan masa kini. Menurutnya, setiap ruang masa mempunyai ciri
latar dan pengisian peristiwa serta cabaran berbeza. Justeru tidak adil
mengatakan zaman pendidikan dulu lebih baik berbanding sekarang. Setiap
tempoh ada perbezaannya dan ia dilaksanakan mengikut kesesuaian. Cabaran
dunia pendidikan sentiasa wujud, yang berbeza ialah bentuk cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran itu pula memerlukan formula dan pendekatan berbeza.
Oi sinilah guru memerlukan paradigma pemikiran yang sentiasa berkembang
sekali gus membantu pelajar berjaya," katanya.


2.0 BIDANG TUGAS GURU
Sidang tugas guru bukan hanya mengendalikan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dengan berkesan sahaja dan membuat perancangan P&P. Tetapi guru kini,
dihujani lagi dengan beberapa tugasan lain. Seorang guru biasa perlu melaksanakan
pelbagai tugas khas iaitu:
1. Menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiatan Guru atau seumpamanya.
2. Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli stat yang lain.
3. Menjadi ahli pelbagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Sesar.
4. Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancang oleh Guru Sesar.
5. Mengendalikan aktiviti-aktivti kokurikulum apabila diagihkan oleh penolong kanan
kokurikulum.
Selain itu, guru juga perlu menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
dan mentadbir serta menguruskan bilik darjah. Malah, mengendalikan pelbagai tugas
rasmi lain. Sebagai contoh, menjadi guru ganti atau guru Usit-in" dari semasa ke
semasa.
Selain daripada bidang tugas guru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu
ditempuhi oleh warga pendidik ini. Antara cabaran-cabarannya ialah selepas tahun
2000, cabaran protesionalisme pendidikan guru semakin hebat apabila kerajaan
memutuskan mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris
untuk tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah. Dengan perubahan ini,
struktur kurikulum diubah sedikit dan guru-guru yang terlibat terpaksa mengajar dalam
bahasa Inggeris. Jadi, pelaksanaan ini dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2003.
Sukan mudah untuk memastikan P&P ini dijalankan secara berkesan. Oalam
P&P khasnya Tahun Satu, guru-guru sekolah rendah diberikan kemudahan peralatan komputer untuk memudahkan proses P&P. Sementara itu, guru-guru yang sedang
mengikuti program Diploma Pendidikan di maktab perguruan dan Sarjana Pendidikan di
IPTA perlu menjalani kaedah pengajaran dalam bahasa Inggeris dan pensyarah juga
perlu menggunakan bahan rujukan bahasa Inggeris dalam kursus-kursus tertentu.
Dalam latihan praktikum, guru-guru pelatih perlu mengajar dalam bahasa Inggeris untuk
mata pelajaran Matematik dan Sains dan bukan lagi bahasa Melayu sebagaimana
diamalkan sebelum itu.
Dengan pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang
didedah dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum
Matematik dan Sains dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sarna
ada dalam penulisan mahu pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu, banyak
sumber dan ilmu dalam mata pelajaran boleh diterokai melalui buku bahasa Inggeris.
Dalam sistem pembelajaran pada hari ini boleh dikatakan semua Negara
menggunakan sistem peperiksaan sebagai ciri-ciri asas untuk mengukur keupayaan
dan kebolehan seseorang. Di Malaysia, peperiksaan yang penting bagi peringkat
sekolah rendah dan menengah ialah PMR, SPM dan STPM. Ketiga-tiga peperiksaan ini
dianggap penting. Dengan kata lain, ia dianggap sebagai "too exam-orinted". Dengan
kaedah ini, semua murid atau pelajar perlu banyak mengingat sesuatu fakta,
berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus
sesuatu peperiksaan sarna ada dalam SPM mahu pun STPM.
Secara terperincinya, bukan bermakna dengan sistem ini semua pelajar terpaksa
mengingati kesemuanya tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran
memerlukan ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah.
Dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, sebagai contoh, keperluan
dalam kebolehan mengeluarkan idea juga diutamakan. Boleh jadi pada masa hadapan
kebanyakan sistem peperiksaan yang ada akan dinilai juga melalui penilaian dalam
kerja-kerja kursus sebagaimana yang banyak dilakukan di sekolah-sekolah menengah
USA. Dengan cara ini, mungkin pelajar tidak terasa tertekan sangat di mana mereka
terpaksa mengharapkan kepada penilaian dalam satu peperiksaan akhir sahaja.

Walau bagaiamanapun, oleh sebab amalan terhadap pendekatan peperiksaan
sudah lama dilaksanakan di Malaysia nampaknya ia sukar diubah dengan serta-merta.
Kajian yang mendalam perlu dibuat dengan berhati-hati. Tambahan lagi, penilaian yang
bergantung kepada kerja kursus mungkin dari segi pemberian markah tidak berapa
tepat dan kemungkinan guru-guru suka memberi markah yang lebih tinggi kepada
pelajar yang mereka sukai. Seterusnya untuk menilai kerja-kerja kursus, sekolahsekolah
memerlukan kemudahan komputer yang lengkap bagi membolehkan pelajar
dapat membuat tugasan atau kerja kursus dengan baik. Sekiranya sekolah-sekolah di
luar bandar masih lagi kurang kemudahan tersebut, kemungkinan pelajar menghadapi
masalah. Dengan pelajar yang begitu ramai, setiap buah sekolah kemungkinan juga
guru-guru yang terlibat dalam penilaian kerja-kerja kursus tidak mempunyai masa yang
cukup untuk menilai kecekapan pelajar.
Sebelum kita menerima atau melalui satu dasar baru penilaian dalam sistem
peperiksaan, kita seharusnya menerima dahulu hakikat bahawa sistem peperiksaan
yang ada sekarang. Pelaksanaan atau pendekatan peperiksaan adalah satu
pendekatan yang terbaik untuk melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan latihan,
hafalan, pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan. Tanpa sistem
peperiksaan yang dianggap formal mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk
belajar.
Jadi, tanpa penilaian melalui sistem peperiksaan teratur, Idta tidak dapat menilai
dengan tepat, kebolehan dan ketajaman otak pelajar. Jadi, kebolehan pelajar yang
berbeza-beza di seluruh Malaysia ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan
mereka ke jurusan tertentu dengan adil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.
Dengan kata lain, jika mereka mahu memasuki jurusan perubatan, tunjukkan bukti
bahawa mereka berupaya dalam beberapa penyelesaian masalah dalam soalan
Matematik Tambahan dan juga Sains yang dikeluarkan di dalam kertas peperiksaan
SPM dan juga STPM.
Cabaran ketiga ialah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi. Jadi, dalam
perkembangan profesionalisme pendidikan guru pada masa kini memang guru-guru
perlu bekerja keras untuk memastikan semua pelajar akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang, jika tidak pelajar tidak akan pergi melanjutkkan pelajaran ke manamana.
Semenjak dasar meritokrasi yang diperkenalkan tahun 2002, pelajar terpaksa
belajar bersungguh-sunguh khasnya semasa berada di Tingkatan Enam. la juga
memberi cabaran kepada guru-guru dan pihak sekolah dan ibu bapa juga sentiasa
mengharapkan guru-guru yang berkualiti. Sebenarnya bukan senang bagi setiap orang
pelajar mendapat peringkat Perincipal AlB untuk setiap mata pelajaran yang diambil.
Begitu juga pelajar yang belajar di kelas Matrikulasi. Sebenarnya idea meritokrasi
ditimbulkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pada awal bulan Ogos
2001 bagi memastikan semua pelajar yang berkelayakan atau berkualiti sahaja diterima
masuk ke IPTA (Mohd Salleh Lebar).
Dengan pelaksanaan meritokrasi selama dua musim menyaksikan setiap buah
sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam memerlukan guru-guru yang berkualiti
dalam semua mata pelajaran yang diajar. Pihak pengetua juga terpaksa menyediakan
kemudahan yang cukup bagi memastikan semua pelajar Tingkatan Enam tidak
menghadapi masalah dari segi pembelajaran. Jadi apa yang kita lihat selama dua
tahun, menunjukkan kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah pelajar-pelajar
yang mempunyai semangat belajar yang tinggi dan ada semangat bersaing yang kuat
dalam kalangan pelbagai kaum. Tanpa semangat bersaing dalam semua lapangan,
negara kita tidak akan maju. Jadi semangat inilah yang perlu disemai dalam kalangan
pelajar dan peranan guru adalah amat penting. Jadi tugas ini bukan sahaja dipikul oleh
guru-guru tetapi juga pensyarah di maktab perguruan khasnya yang menyediakan KPLI
dan IPTA yang ada menyediakan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan.
Bagi guru-guru yang mengajar di Tingkatan Enam memang menghadapi cabaran
yang kuat kerana pada peringkat ini kebanyakan pelajar adalah golongan remaja dan
mereka terpaksa membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar. Mungkin ramai
pelajar Tingkatan Enam yang mempunyai pencapaian yang kurang baik sedikit
berbanding pelajar yang dapat memasuki Kolej Matrikulasi. Pelajar Melayu yang dapat
memasuki Kolej Matrikulasi adalah pelajar yang terpilih dan mempunyai pencapaian
yang tinggi khasnya dalam mata pelajaran Sains. Matematik Tambahan, Perakauanan
dan juga bahasa Inggeris. Sementara pelajar Melayu yang belajar di kelas Tingkatan Enam, pencapaiannya adalah sederhana. Bagi sesetengah sekolah pula, terdapat
kekurangan guru-guru Fizik dan juga Metamatik Tambahan. Sebenarnya apabila
berlaku sebarang pertukaran dalam kalangan guru-guru Matematik dan Sains maka
proses penggantiannya mengambil masa sedikit.


3.0 IMPLIKASI
Beban tugasan selain daripada mengajar yang ditanggung oleh guru memberi
kesan kepada mutu pengajaran guru itu sendiri. Guru terpaksa menyemak tugasan
murid, merekod dan memuat naik markah-markah murid dan mengemas kini maklumat
murid dari semasa ke semasa. Jika dahulu, maklumat-maklumat murid seperti markah
dan lain-lain hanya direkodkan di dalam buku yang dikhaskan. Tetapi kini, guru perlu
memuat naiknya dalam laman sesawang yang di kelolakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kebanyakkan guru kurang mahir dalam bidang teknologi khususnya guruguru
yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun. Bagi mereka, sistem itu
membebankan mereka.
Menteri Pelajaran berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi
mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara.
Keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di
beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan
tumpuan kepada tugas mengajar.
Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddion dan
keanggotaanya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan
diberi masa selama dua bulan lagi bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.
NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sebanyak dua
kali setiap bulan disebabkan guru terlibat dengan pelbagai aktiviti. Dasar baru
kementerian yang menekanakan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum
balas yang positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha
berkenaan. Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak
sesekali membebankan guru.

Kementerian disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru
dan murid dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi
mengurangkan beban kerja guru. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja
ini ialah menambah bilangan guru. Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru
mempunyai masa yang mencukupi bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas
teras iaitu mengajar.
4.0 CADANGAN
Berdasarkan beberapa dapatan kajian yang saya rujuk, saya ingin
mengemukakan beberapa cadangan dan saranan yang dapat membantu pihak tertentu
dalam usaha mengurangkan kemelut tekanan kerja di kalangan guru-guru. Kajian
mendapati bahawa kelima-Iima faktor itu berperanan menyumbang kepada tekanan
Ker)a d\ Ka\angan responden. Justeru \tu, ada\ah per\u satu usaha secara bersepadu
dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah dan sekolah serta guru untuk cuba mengatasinya.
Salah laku pelajar di dalam dan di luar kelas juga perlu diberi perhatian. Tahap
salah laku yang tinggi di kalangan pelajar mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dan secara langsung menyebabkan tekanan kepada guru. Polisi disiplin
yang sedia ada harus dikaji semula. Penggubal-penggubal polisi harus melahirkan satu
polisi yang benar-benar mantap untuk diamalkan di sekolah-sekolah. Kuasa merotan
pelajar umpamanya masih menjadi isu yang tiada kesudahannya. Kuasa yang diberikan
kepada guru-guru untuk mendisiplinkan pelajar perlu diperluaskan.
Faktor kekangan masa dan sumber sepatutnya diberi perhatian. Aspek-aspek
seperti kekurangan masa bagi guru untuk menumpukan perhatian kepada pelajar, bilik
darjah yang kurang selesa, bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas, tuntutan
sukatan pelajaran, kekurangan alat bantu mengajar dan suasana bilik guru yang padat
dan tidak selesa harus diberi perhatian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
faktor beban tugas turut menyebabkan tekanan kerja di kalangan guru. Fenomena guru
terpaksa memikul beban tugas di luar bidang kerjanya sering mendapat liputan di dalam akhbar tempatan. Akhbar melaporkan 30% daripada jumlah 280,000 guru terpaksa
memikul tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas
mengajar.
Beban tugas yang berlebihan sering dikaitkan dengan kekurangan kakitangan
sokongan yang menyebabkan kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang,
menyediakan sistem fail, memungut yuran dan kerja-kerja pentadbiran lain yang bukan
di dalam bidang tugas pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilakukan oleh guru.
Oleh sebab itu, untuk mengatasi masalah seperti ini langkah kementerian untuk
menambah kakitangan sokongan amat dialu-alukan. Pertambahan kakitangan
sokongan boleh mengurangkan beban tugas guru dan seterusnya mengurangkan tahap
tekanan kerja di kalangan guru.
Faktor penghargaan yang berupa ganjaran seperti kenaikan pangkat, gaji yang
lebih baik dan sokongan profesional daripada pihak pentadbir amat perlu bagi
memotivasikan guru agar lebih bersemangat dalam menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran. Gaji umpamanya dikatakan menjadi penyebab mengapa guru lebih
cenderung untuk beralih kepada profesion lain. Kyriacou dan Sutcliffe (1978)
menyatakan bahawa gaji yang rendah menyebabkan seseorang itu mencari pekerjaan
lain. Maka adalah wajar sistem gaji dalam sektor pendidikan perlu dikaji semula.
Hubungan interpersonal atau rakan setugas juga penting dalam profesion
perguruan. Hubungan guru dengan rakan sejawat, pihak pentadbir, waris, Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri harus wujud dan berlaku dalam
keadaan harmoni. Trendal (1989) berpendapat bahawa tekanan dapat diminimumkan
sekiranya terdapat hubungan yang positif di kalangan pekerja dalam sesuatu institusi
dan adanya rakan sekerja yang boleh diajak berbincang mengenai masalah yang
mereka hadapi. Kenyataan ini turut disokong oleh Manthei dan Salman (1996) yang
menyarankan pihak pentadbir sekolah harus mengambil kira rungutan yang
menyatakan golongan pentadbir adalah punca kepada tekanan kerja di kalangan guru.
Kegagalan untuk memahami dan tidak peka dengan masalah guru boleh merosakkan
kualiti pendidikan yang diterima pelajar. 
Dalam usaha mengurangkan tekanan kerja, pihak sekolah boleh melaksanakan
dua pendekatan. Pertama, pihak sekolah hendaklah mengurangkan faktor-faktor yang
menyebabkan tekanan ke atas guru seperti mengamalkan polisi disiplin yang lebih
mantap, memperlengkapkan kemudahan-kemudahan asas dalam membantu
pengajaran dan pembelajaran, pengagihan tugas yang sesuai dan peka dalam
perhubungan antara personal. Kedua, pihak sekolah boleh menganjurkan kursus dan latihan kemahiran pengurusan tekanan di kalangan guru. Fontana (1989),
menegaskan jika seseorang terus dibiarkan mengalami tekanan kerja, orang itu akan
menanggung risiko yang tinggi untuk mengalami kerosakan psikologi atau fizikal.
Kaedah program pengurusan tekanan kerja pendekatan holistik yang diutarakan oleh
Tan (1996), juga merupakan kaedah yang mampu memupuk kesihatan mental, fizikal
dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti di kalangan guru boleh diaplikasikan.


5.0 RUMUSAN
Isu beban tugasan guru ini perlu dipandang serius kerana ia juga memberikan
kesan bukan sahaja guru itu sendiri. Malah, ia membabitkan mutu pengajaran guru itu
sendiri dan pencapaian murid yang diajar. Tugasan yang terlalu banyak
daripada tugas teras iaitu mengajar juga akan menjadi tekanan kepada guru. Warga
pendidik ini terpaksa membahagikan waktu untuk menyelesaikan tugasan sebagai guru
kelas, guru, panitia, guru subjek dan lain-lain lagi. Ada segelintir masyarakat di luar
sana yang memandang enteng tugas seorang guru. Mereka beranggapan tugas
seorang guru mudah dan hanya perlu bekerja separuh hari sahaja. Tetapi masyarakat
tidak mengetahui beban kerja serta amanah negara yang perlu dipikul oleh seorang
guru, bak kata pepatah "jika seorang guru gagal mengajar, maka rosak lah satu
generasi".